KLINIK KERJAYA : KURSUS ADOBE PHOTOSHOP

3 April 2021 (Sabtu) | 10.00 pagi – 4.00 petang

Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara bersemuka bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta dengan lebih efektif memahami persekitaran perisian Adobe Photoshop, cara cara menggunakan tool Selection, Type, Shape, Layer dan Feature Image, menghasilkan rekabentuk grafik, dan menyimpan fail di dalam format Adobe Photoshop dan .jpeg.

Program ini telah dihadiri seramai 12 orang peserta yang terdiri dari anak-anak Perak sekitar Kuala kangsar. Kursus Adobe Photoshop ini disampaikan oleh Puan Manisah Abd Hamid, Pengajar Bertauliah dari Kolej Komuniti Kuala Kangsar.

Terima kasih diucapkan kepada pengajar atas kesudian berkongsi ilmu dan turut kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa klinik kerjaya ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir. PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*