KLINIK KERJAYA : KURSUS ADOBE PHOTOSHOP SIRI 3

21 & 22 September 2021 (Selasa & Rabu) | 9.00 pagi – 5.00 petang


Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara maya di Zoom Meeting bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta dengan lebih efektif memahami persekitaran perisian Adobe Photoshop, cara cara menggunakan tool Selection, Type, Shape, Layer dan Feature Image, menghasilkan rekabentuk grafik, dan menyimpan fail di dalam format Adobe Photoshop dan .jpeg.
Program ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, belia dan pencari kerja di Perak. Kursus Adobe Photoshop ini disampaikan oleh Encik Mohd Khairul Fazli, Pengajar Bertauliah dari Universiti Sultan Azlan Shah. Program ini juga turut melibatkan peserta untuk membuat ciptaan poster sebenar berdasarkan item yang diberi oleh tenaga pengajar. Antara poster-poster yang direka oleh peserta ialah poster bagi program PASAK dan USAS serta poster perniagaan sebenar.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Khairul Fazli atas kesudian berkongsi ilmu dan turut kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa klinik kerjaya ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*