Khidmat Bakti Komuniti Siri 1

13 DISEMBER 2020
JAM 10.00 Pagi – 7.00 Petang

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya program Khidmat Bakti Komuniti bagi Siri 1. Program ini diadakan bagi memupuk semangat kesukarelawanan para peserta khususnya dalam hal yang berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan khususnya bagi golongan belia.
Disebabkan wabak pandemik Covid 19, Pusat Aspirasi Anak Perak dengan kerjasama Jabatan Amal Negeri Perak telah mengambil inisiatif untuk memberikan penghargaan dan sumbangan kepada para barisan hadapan yang sedang berkhidmat di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Zon A Taman Klebang Jaya dan serahan kepada wakil IPD Daerah Ipoh bagi kegunaan para barisan hadapan ketika bertugas.
Pada sebelah petang pula, PASAK dengan Kerjasama Dapur Jalanan telah menyediakan dan memberikan sumbangan dalam bentuk ‘Toliteries & SOP Kit’ kepada gelandangan di Medan Selera Dato’ Sagor dan sekitar Jalan Tun Hussien Onn.
Diharapkan dengan pemberian sumbangan ini mampu memberikan sedikit kebahagiaan dan senyuman kepada para barisan hadapan khususnya di negeri Perak dalam melaksanakan tugas dan khidmat.
Juga diharapkan kepada golongan gelandangan di sekitar Ipoh dapat terus tersenyum dan gembira dengan sumbangan yang pihak PASAK telah berikan untuk dimanfaatkan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Polis Daerah Ipoh, JKM Negeri Perak, Jabatan Amal dan Dapur Jalanan atas kerjasama yang diberikan dalam menyediakan ruang dan peluang kepada kami di pihak PASAK bagi melaksanakan program Khidmat Bakti Komuniti ini.
Terima kasih juga kepada para peserta dan sukarelawan yang terlibatsama bagi menjayakan program pada kali ini.
Syed Muhd Syazwan B. Syed Roslan
Eksekutif Bina Insan PASAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*