KERJASAMA STRATEGIK REDONE NETWORK SDN BHD DAN KERAJAAN NEGERI PERAK

IPOH -18 NOVEMBER 2020, 9.30 PAGI

Kerajaan Negeri telah melancarkan pelbagai inisiatif melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak akibat impak pandemik COVID-19 yang semakin serius di Perak. Antara inisiatif yang dijalankan adalah menerusi Skim Transformasi Pekerjaan (Work-Pro) untuk membantu 1,500 pekerja dari pelbagai sektor.

Sehubungan itu, sebuah lagi inisiatif strategik yang dikenali sebagai ‘Rakan Niaga Telco atau Telcoprenuer Perak‘ telah dilancarkan. Program ini merupakan hasil inisiatif di antara Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama syarikat redONE Network Sdn Bhd.

Seramai 500 usahawan dan individu berpeluang untuk menjana pendapatan hasil dari inisiatif ini. Tawaran ini terbuka kepada seluruh rakyat negeri Perak dengan pembiayaan sebanyak RM1.5 juta oleh syarikat redONE di Perak. Terdapat dua insentif iaitu Rakan Niaga yang menawarkan insentif RM2,500.00 di mana perlu membuat pendaftaran keahlian dengan kos permulaan sebanyak RM500.00 yang akan dikreditkan semula ke dalam e-wallet ahli.

Bagi insentif Penasihat Jualan pula, syarikat redONE menawarkan insentif RM580.00 diman pemohon hanya perlu mendaftar keahlian dengan kos permulaan RM100.00 yang juga akan dikreditkan semula ke dalam e-wallet ahli. Inisiatif tersebut akan disebarkan kesemua kawasan dan daerah di Negeri Perak menerusi Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Penghulu dan Ketua Kampung. STeP turut menyediakan senarai usahawan yang akan ditemuduga oleh pihak redONE dan permohonan boleh dibuat secara atas talian bermula 19 November sehingga penghujung Disember.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi, Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Saarani Bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Ngo. Dan Masyarakat Sivil, Tuan Haji Razman Bin Zakaria, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Misbahul Munir Masduki, Pengarah Sekreteriat Usahawan Negeri Perak (STeP), Encik Rozlan Bin Mohamad Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif RedONE, Encik Mohammad Farid Bin Mohamed Yunus.

Nor Azlen
Eksekutif Media
Unit IT, Media dan Pemasaran
Pusat Aspirasi Anak Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*