KARNIVAL KERJAYA MAYA 3.0

KARNIVAL KERJAYA MAYA 3.0

Ipoh, 28 Ogos 2021

Karnival Kerjaya Maya 3.0 anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) untuk kali yang ke 3 kini melabuhkan tirainya. Dengan penyertaan seramai 500 peserta yang mendaftar untuk Karnival Kerjaya Maya kali ini dan sebanyak 11 syarikat menyertai dan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dari pelbagai peringkat dari SPM sehingga doktor falsafah. Karnival Kerjaya Maya 3.0 yang berlangsung pada 28 Ogos 2021 bermula jam 8.30 sehingga 6.00 petang ini berjalan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua calon yang hadir pada Karnival Kerjaya Maya 3.0 kali ini. Kami dari pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan selamat berjaya dan tahniah kepada semua calon yang berjaya pada hari ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan & memberi manfaat serta membantu meningkatkan ekonomi. Syabas & tahniah sekali lagi !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*