JALINAN HUBUNGAN INDUSTRI ANTARA PIHAK PUSAT ASPIRASI ANAK PERAK (PASAK) DAN CARSEM (M) SDN BHD

IPOH – 4 NOVEMBER 2020, 4.00 PETANG

Satu mesyuarat jalinan hubungan industri telah dijalankan antara pihak PASAK dan Carsem. Mesyuarat ini telah dijalankan di pejabat syarikat Carsem di Jelapang, Ipoh.
Delegasi dari PASAK dihadiri oleh Pengarah, Tuan Hj Mohd Misbahul Munir bin Masduki serta wakil daripada pihak Carsem yang diketuai oleh Ketua Bahagian Sumber Manusia, Encik Muhd Hilman Rao dan Pengurus Bahagian ER/IR, Encik Ahmad Razmi bin Kamaruddin.
Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan profil syarikat Carsem yang dibentang oleh Puan Cheah Kar Wai. Beliau telah menerangkan tentang latar belakang Carsem, kemudahan, kelebihan dan insentif pembangunan kerjaya serta program-program yang dijalankan oleh Carsem bagi menarik pencari kerja untuk mengisi kekosongan jawatan di Carsem.
Pihak PASAK juga telah menerangkan secara ringkas tentang hala tuju PASAK dalam membantu syarikat mendapatkan tenaga kerja terlatih yang dapat memenuhi keperluan sektor perindustrian di negeri Perak.
Carsem merupakan antara syarikat gergasi yang bertapak di negeri Perak dan menjalankan perusahaan pembuatan produk elektri dan elektronik. Selain memasarkan produk mereka ke serta dunia, Carsem juga merupakan syarikat yang terbanyak membuka dan memberi ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya di negeri Perak.
Pada masa yang sama, pihak PASAK juga menerangkan program-program di PASAK yang dirasakan akan dapat membantu memenuhi keperluan Carsem yang sangat memerlukan tenaga kerja bagi melancarkan operasi pembuatan di kilang mereka.
Pihak PASAK juga berpeluang untuk melakukan lawatan tapak ke bahagian operasi pihak Carsem. Pelbagai kemudahan disediakan kepada para pekerja. Hampir semua tempat di dalam bahagian operasi dan pengurusan berhawa dingin dan persekitaran kerja yang selamat. Lawatan tapak ini adalah penting bagi mendapatkan gambaran tentang persekitaran kerja yang terdapat di syarikat tersebut.
Kata sepakat telah dicapai oleh PASAK dan pihak Carsem dalam menjalinkan hubungan kerjasama industri. Semoga dengan adanya jalinan seperti ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri Perak seterusnya meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*