INTEGRASI STRATEGI HADAPI IMPAK COVID19 PASAK BERSAMA NCER DAN USM

IPOH – 17 DISEMBER 2020, 10 Pagi.
Satu diskusi integrasi strategi telah dijalankan antara PASAK yang diwakili oleh Pengurus Besar, Encik Fikri Junit bersama dua orang wakil NCER Perak dan dua orang wakil dari Fakulti Ilmu Kemanusiaan, USM.
Perbincangan dimulakan dengan pengenalan latarbelakang PASAK dan seterusnya pembentangan daripada Puan Umi Zahirah, mewakili Bahagian Korporat dan Strategi NCER tentang program pembangunan dan strategi yang telah dilancarkan bagi membantu rakyat dalam mendepani impak COVID19.
Perbincangan ini telah membawa kepada pertukaran buah fikiran antara semua pihak bagi mewujudkan sinergi kerjasama perlaksanaan strategi agar dapat memberi impak yang lebih menyeluruh.
Antaranya perlaksanaan strategi dalam aspek pembangunan sosoekonomi melalui program latihan kemahiran, pencarian penyertaan bersasar lebih efektif, menghubungkan rakyat dengan peluang pekerjaan, kerjasama syarikat korporat dan pemain utama industri wilayah utara Malaysia dan pelbagai lagi.
Idea serta penambahbaikan telah dibincangkan bagi menjalankan program yang memberi impak tinggi kepada rakyat di negeri Perak khususnya.
Semoga dengan adanya perbincangan-perbincangan seperti ini, dapat membuka peluang-peluang baru yang dapat dimanfaatkan oleh mereka yang terjejas akibat COVID-19 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*