e-SISTEM NGO UNTUK MELANCARKAN PROSES PERMOHONAN PERUNTUKAN

IPOH – 4 OGOS 2020, 9.00 PAGI

Sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat iaitu Industri 4.0, maka lahirlah sebuah portal e-Sistem untuk memudahkan maklumat informasi dapat dicapai oleh semua pertubuhan dan melancarkan proses pengurusan dan pentadbiran antara pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, YB Razman Zakaria berkata, portal tersebut adalah untuk memperbaiki dan juga memperbaharui sistem pengurusan sumbangan dan kolaborasi NGO dengan pihak kerajaan supaya lebih sistematik dan mesra rakyat.

“Kita cuba selaraskan proses permohonan dana NGO, pihak pelaksana juga cuba untuk mengelakkan permohonan bertindih supaya peruntukkan dan manfaat ini dapat dirasai oleh semua NGO dan masyarakat dengan adil. “Pemohon hanya perlu isi borang secara atas talian dan semak status di portal tersebut dari semasa ke semasa sama ada permohonan diterima atau ditolak” tambah beliau.

Tegasnya, proses permohonan mengambil masa lebih singkat berbanding proses permohonan secara manual yang memerlukan pemohon hadir dan hantar borang permohonan ke pejabat exco.

Portal e-Sistem tersebut merupakan portal kendalian Digital Perak bagi memudahkan urusan permohonan peruntukkan oleh NGO kepada Kerajaan Negeri. Kepada para pemohon boleh layari laman sesawang digital.perak.my bagi maklumat lanjut selain mengisi permohonan di portal tersebut.

Kerajaan Negeri akan sentiasa memahami dan juga mendengar keluhan rakyat. Oleh itu, NGO diseru untuk terus menjadi tulangbelakang pihak kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat Negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*