Diskusi Kerjasama Tvet Islamik PASAK Bersama JAIPK

Jumaat, 18 September 2020
Atas rasa tanggungjawab, PASAK telah bertemu dengan Jabatan Agama Islam Perak bagi membentangkan cadangan perlaksanaan inisiatif baru agenda pembangunan TVET Islamik dengan lebih menyeluruh dan komprehensif.
Diskusi ini berkesinambungan dengan Pelancaran Program TVET Islamik yang telah dirasmikan oleh YB Razman Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO & Masyarakat Sivil dan YB Akmal Kamaruddin, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan.
Antara intipati diskusi ini adalah pembentangan kertas kerja cadangan Persidangan TVET Islamik yang akan melibatkan semua pusat tahfiz yang berpotensi di negeri Perak, Institut Latihan Kemahiran, JAIPK, PASAK, serta IPT dan IPTS yang terpilih.
Persidangan ini bertujuan membentuk penyelarasan agenda pembangunan TVET Islamik yang akan dibincangkan secara mendalam, bagi menstruktur kerangka perlaksanaan TVET Islamik di Negeri Perak.
Sekretariat khas akan ditubuhkan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan bagi menjadi jentera utama pemikir dan pelaksana hasil Resolusi TVET Islamik yang akan dibentuk sebagai output kepada persidangan ini.
JAIPK menyambut baik cadangan program dan bersedia bekerjasama bagi melancarkan perlaksanana agenda ini.
Dengan harapan, lebih banyak pusat tahfiz akan dapat terlibat dan melahirkan lebih ramai pelajar aliran tahfiz yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional sebagai nilai tambah dalam akademik, kerjaya dan kehidupan mereka yang mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*