BIG TALK: PENGURUSAN MENTAL & EMOSI PASCA COVID-19

Ipoh, 19 Mac – 10 pagi
Emosi dan mental merupakan satu aspek kesihatan yang perlu dititikberatkan oleh setiap lapisan masyarakat. Justeru, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah melaksanakan satu sesi bicara mengenai Pengurusan Mental dan Emosi Pasca COVID-19. Seramai 107 orang telah menyertai Program B.I.G Talk pada hari ini.
Sesi perkongsian ini dipengerusikan oleh Encik Muhammad Firdaus Bin Dzi Murad bersama Puan Rahilah bt Abd Rahim, Pegawai Psikologi S44 (M) Hospital Bahagia Ulu Kinta telah mengupas mengenai cara untuk mengawal stress dan gangguan emosi serta solusi untuk membendung masalah ini.
Dalam mendepani cabaran COVID-19 ini, isu kesihatan mental kian membimbangkan. Terdapat beberapa golongan yang terkesan dari sudut pekerjaan, kewangan, perniagaan dan lain lain. Hal ini menyebabkan berlakunya ketidakstabilan emosi dan mental. Oleh itu, PASAK mengadakan sesi perkongsian seperti ini supaya orang ramai dapat mengetahui cara mengatasi masalah mental dan emosi ini.
Puan Rahilah telah berkongsi teknik-teknik mengawal stress bagi mengimbangi kestabilan emosi dan kesihatan mental. Teknik rehabilitasi diri ini mampu mengurangkan tekanan perasaan dan emosi individu.
PASAK berharap agar perkongsian ini memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan pengurusan mental dan emosi diri.
Bagi mereka yang mengalami kemurungan atau stress, anda boleh menghubungi pihak Befrienders.
Butiran lanjut mengenai Befrienders di negeri-negeri lain boleh didapati di laman sesawang : https://www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia
atau
📩 emailkan ke : sam.befriendersipoh@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*