BIG TALK: PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PASCA COVID-19. Permintaan Industri, Peluang Pekerjaan dan Peluang Latihan.

Ipoh, 3 Februari

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menjalankan satu sesi perkongsian secara maya bertajuk Pembangunan Kemahiran Pasca COVID-19 di page Facebook Talent Perak.

Sesi bual bicara yang dipengerusikan oleh En. Syed Syazwan bersama Encik Azizul bin Mohd Othman, Presiden Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) membincangkan mengenai kehendak industri semasa, peluang pekerjaan dan juga peluang latihan kepada rakyat Perak. Diskusi ini juga turut memberi penerangan tentang manfaat, keberkesanan dan hala tuju TVET kepada rakyat di negeri Perak.

Dalam usaha memperkasakan bidang TVET, kemahiran kendiri seperti hardskill dan softskill merupakan satu keperluan bagi meningkatkan kebolehpasaran individu dalam industri semasa. Oleh itu, rakyat di negeri Perak digalakkan untuk mengikuti kursus-kursus peningkatan kemahiran kendiri ini. Menurut Encik Azizul, negeri Perak kini sedang menjurus ke arah memartabatkan TVET dari akar umbi bagi membentuk satu konsep rakyat kepada TVET dan TVET kepada rakyat.

PASAK berharap agar diskusi ini dapat memberi panduan kepada masyarakat untuk sentiasa meningkatkan kemahiran kendiri mereka dalam usaha memenuhi kehendak industri semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*