BELIA PEMANGKIN PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGERI PERAK

Kunjungan PASAK ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak kali ini adalah pertemuan pertama Pengarah PASAK, Tuan Hj Misbahul Munir bin Masduki bersama Pengarah JBS Perak yang baru iaitu Tuan Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim.

JBS Negeri Perak memainkan peranan penting dalam meneraju agenda pembangunan belia dan sukan di peringkat negeri.

Golongan belia terdiri daripada beberapa segmen sasaran dalam lingkungan umur 18 hingga 30 tahun. Termasuk juga warga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang turut termasuk dalam kumpulan belia.

Antara program dibawah anjuran JBS juga merangkumi aspek pembangunan modal insan, keusahawanan, kepimpinan, kesihatan, kesukanan dan pelbagai lagi.

Jalinan kerjasama antara JBS bersama dengan NGO, agensi kerajaan, syarikat swasta dan organisasi berkaitan sangat penting agar agenda pembangunan belia dapat diakses sehingga ke kawasan rakyat di luar bandar.

Namun usaha ini sangat mencabar sekiranya tiada penyelarasan strategi perlaksanaan yang baik antara satu sama lain.

Maka PASAK akan memainkan peranan penting untuk bersama dengan JBS dalam melaksanakan inisiatif daripada pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri khususnya perkara-perkara berkaitan pendidikan dan pembangunan modal insan.

Pelbagai program pembangunan modal insan anjuran PASAK akan dilaksanakan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih banyak pihak berkepentingan bagi menambah lebih ramai penerima manfaat daripada program yang dijalankan.

Ahmad Afifi bin Mohammad Lotfi
Perhubungan Korporat
Pusat Aspirasi Anak Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*