B.I.G TALK: UBAH PERSEPSI BERGANTUNG PEKERJAAN DALAM AGENSI KERAJAAN

Ipoh, 26 Januari

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menjalankan satu sesi bual bicara secara maya di page Facebook Talent Perak bagi mengupas mengenai persepsi kebergantungan pekerjaan di agensi kerajaan. Sesi bual bicara yang dipengurusikan oleh En Ahmad Afifi bersama En Roslan dari Salutica Allied Solutions Sdn. Bhd ini semestinya akan memberi impak kepada penonton yang ingin mengetahui mengenai kehendak dan perubahan industri pekerjaan semasa.

Dalam mendepani cabaran pemodenan, industri pekerjaan semasa semakin menjurus ke arah teknologi kecerdasan buatan (AI). Situasi ini akan memberi peluang dan ruang kepada masyarakat untuk menceburi pelbagai bidang dan tidak hanya bergantung kepada agensi kerajaan. Menurut En Roslan, masyarakat kini perlu mempunyai pemikiran yang intelektual, sikap diri yang matang dan proaktif dalam industri pekerjaan ini.

Oleh itu, sesi bual bicara ini diharap dapat memberi panduan kepada masyarakat untuk sentiasa bersedia dalam apa jua cabaran dan rintangan industri pekerjaan semasa.

Fairuz Salleh

Pelajar Industri PASAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*