B.I.G TALK: PENGURUSAN KENDIRI DALAM KEPIMPINAN

Ipoh, 29 Mei

Kerajaan Negeri Perak amat peka akan perkembangan ilmu dan pengurusan diri dalam melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkredibiliti tinggi. Oleh itu, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah melangsungkan Program B.I.G Talk: Pengurusan Kendiri dalam Kepimpinan secara maya bagi membentuk pemimpin-pemimpin muda yang berkaliber dan berkualiti.

Panel jemputan dari i-LEAD Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Encik Haslizar bin Rozally telah berkongsi ilmu dan formula terbaik bersama pemimpin muda negeri Perak bagi melahirkan pemimpin yang berilmu, dihormati serta berfikiran kreatif dan kritis.

Dengan usaha ini diharap agar pemimpin-pemimpin muda kini mampu menerajui dan memartabatkan negeri Perak mahupun Malaysia di persada dunia. Pemimpin kita pententu masa depan negara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*