B.I.G TALK: PARENTING BERSAMA WARGA PENDIDIK DAN IBU BAPA

Lawin, 20 Mac

B.I.G Talk : Parenting Bersama Warga Pendidik dan Ibu Bapa telah berlangsung di Arena Amanjaya Lawin. Seramai 100 lebih orang telah menyertai Program B.I.G Talk pada hari ini.
Sesi perkongsian ini dipengerusikan oleh Encik Muhammad Firdaus Bin Dzi Murad bersama Haslizar bin Rozally dari i-LEAD, Kementerian Belia dan Sukan telah mengupas mengenai Parenting bersama Warga Pendidik dan Ibu Bapa.
Sebagai ibu bapa dan juga warga pendidik, rasa tanggungjawab sangat tinggi untuk memastikan anak-anak mendapat yang terbaik. Encik Haslizar telah berkongsi tips-tips keibubapaan seperti bagaimana ingin mengadaptasi dengan situasi menjadi ibu bapa. Selain itu, ibu bapa dan pendidik harus banyakkan membaca untuk mempelajari benda baru untuk memahami anak-anak serta pelajar-pelajar.
PASAK berharap agar perkongsian ini memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan keibubapaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*