B.I.G TALK: ‘DEPRESI’ TEKNIK 10B YANG BERKESAN

Ipoh, 2 Jun

Depresi merupakan satu masalah kesihatan yang amat kritikal terutama sekali ketika individu dalam keadaan tertekan ‘stress ‘. Justeru, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah melaksanakan satu sesi bicara mengenai Depresi dan Teknik 10B yang berkesan.

Sesi perkongsian bersama Puan Rahilah bt Abd Rahim, Pegawai Psikologi S44 (M) Hospital Bahagia Ulu Kinta telah mengupas mengenai cara untuk mengawal stress dan membendung depresi dalam diri.Menurut Puan Rahilah, salah satu Teknik 10B terbaik ialah Teknik Bernafas. Teknik ini mampu meredakan stress yang datang secara mengejut dan seterusnya dapat mengawal emosi diri.

PASAK berharap agar perkongsian ini member kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan mengawal stress dan mengelak depresi demi menjaga kesihatan mental kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*