B.I.G TALK: CABARAN USAHAWAN NORMA BAHARU

Ipoh, 30 Jun

Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. Justeru, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah melaksanakan satu sesi bicara mengenai cabaran dan peluang usahawan norma baharu.
Sesi perkongsian bersama Encik Mohamad Rozlan Bin Mohamad Razalli, Pengarah Sektreteriat Usahawan Negeri Perak (STeP) telah mengupas mengenai cara untuk mencari idea dan peluang perniagaan serta cabaran dan bagaimana untuk mendepani cabaran terutamanya pada kemunculan covid-19 hari ini.
Sekreteriat Usahawan Negeri Perak (STeP) mengalu-alukan para usahawan yang sedang menghadapi caharan sepanjnag pandemik ini untuk sama-sama menyertai khusus-khusus yang disediakan oleh STeP bagi membuka peluang yang lebih baik kepada para usahawan untuk memajukan bisnes mereka yang sedang diceburi.
Target penonton untuk sesi big talk kali ini adalah usahawan-usahawan di Negeri Perak.
PASAK berharap agar perkongsian ini memberi satu pengalaman dan juga ilmu pengetahuan dan menjadi titik permulaan mereka untuk menjadi seorang yang lebih berjaya di dalam bidang usahawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*