TRANSFER KNOWLEDGE

IPOH, 18 Februari 2020 – Akademi Rakyat, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK ) telah menganjurkan sebuah kursus Transfer Knowledge pada 14 Februari 2020 hingga 16 Februari 2020 di Hotel Tower Regency, Ipoh.

Kursus  yang mengambil masa 3 hari ini adalah sebagai inisiatif kepada penambahan ilmu pengetahuan untuk golongan belia di negeri Perak dan bagi melahirkan pelatih-pelatih yang berpotensi untuk diserapkan sebagai tenaga pengajar ataupun fasilitator bagi program Akademi Rakyat.

Para peserta program diberikan taklimat awal berkenaan dengan perjalanan program

Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan cara pengendalian modul yang berkesan dan simulasi kaedah pembelajaran yang lebih efektif bagi meningkatkan kefahaman dengan lebih berkesan serta pemurnian modul bagi program-program yang bakal dilaksanakan oleh Akademi Rakyat kelak.

Salah satu modul yang diketengahkan oleh bakal Trainer program Akademi Rakyat

 Ustaz Hakim Ramlee telah dijemput sebagai Trainer dan penceramah bagi berkongsi ilmu tentang intipati kursus ini dan seramai 30 orang alumni akademi rakyat telah terpilih untuk menyertai program yang telah diadakan. Peserta program terdiri daripada mereka yang layak dan ditapis oleh pihak penceramah.

Program ini juga merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri Perak dalam memberi tumpuan kepada anak muda yang berumur 18 tahun sehingga 30 tahun untuk memahami pengisian berkenaan sejarah demokrasi Malaysia.

Bukan itu sahaja, program ini juga memberi pendedahan tentang peranan belia dalam perlembagaan Malaysia dan belia boleh menyampaikan semula maklumat berkenaan dengan sistem demokrasi yang lebih tepat kepada belia-belia yang lain dan seterusnya untuk memperkasakan para belia di Perak.

Selesailah sudah kursus Transfer Knowledge Akademi Rakyat yang berlangsung dari 14 Februari 2020-16 Februari 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*