AKADEMI BINA INSAN: KURSUS BINA POTENSI PEMIMPIN MUDA

Ipoh, 27 Jun

Belia merupakan golongan yang berpengaruh dalam masyarakat. Mereka merupakan aset bagi sesebuah negara dan bakal memimpin negara ke arah kemajuan yang lestari. Potensi belia perlu dicungkil dan digilap supaya mampu menerajui kepimpinan negara kelak.
Oleh itu, Pusat Aspirasi Anak Perak telah menjalankan program Akademi Bina Insan: Kursus Bina Potensi Pemimpin Muda yang dilangsungkan secara maya. Kursus selama dua hari ini membawa satu impak positif kepada para pemimpin muda di negeri Perak.
Coach Firdaus Arshad telah dijemput sebagai jurulatih bagi kursus ini. Menurut Coach Firdaus, para pemimpin muda perlu memperkemaskan diri dari sudut kognitif, fizikal dan emosi agar menjadi pemimpin yang berkredibiliti tinggi serta disegani kelak.
Turut serta, Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak bagi majlis penutup kursus ini.
Pihak PASAK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan berharap agar segala ilmu yang diterima dapat diaplikasikan oleh para pemimpin belia khususnya di negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*