AKADEMI BINA INSAN: GET IT UP GET IT DONE

Bota, 31 Mac

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah mengadakan program Akademi Bina Insan bersama para mahasiswa UiTM Perak cawangan Tapah & Seri Iskandar serta IKBN Seri Iskandar bersempena Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) Parlimen Parit di Dewan Dato’ Ahamed Hambal, Bota Kanan.

Penceramah jemputan dari i-LEAD Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Encik Haslizar bin Rozally telah memberikan penerangan mengenai kepentingan komunikasi dan interpersonal kepada mahasiswa Generasi Z.

Menurut En. Haslizar, terdapat beberapa prinsip komunikasi yang perlu diperkasakan oleh mahasisiwa kini antaranya ialah pengawalan emosi, logik dan rasional serta beretika dan berkredibiliti tinggi. Menerusi program ini, diharap mahasisiwa kini dapat membudayakan nilai komunikasi secara efektif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*