AGENDA MEMBANGUNKAN RAKYAT BERKEMAHIRAN TINGGI DI NEGERI PERAK

Perbincangan strategi telah dijalankan dengan melibatkan DUA pihak penting yang bertanggungjawab menjalankan inisiatif kerajaan negeri dalam aspek pembangunan Sumber Manusia iaitu Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Perak Eclat TVET.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Haji Saarani bin Mohamad yang turut dihadiri oleh Pengerusi PET Dato’ Abu Bakar Said bersama Ahli Lembaga Pengarah serta Tuan Hj. Misbahul Munir bin Masduki, Pengarah PASAK bagi mendapatkan makluman terkini berkaitan perancangan dan pencapaian yang telah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan untuk tahun 2021.YAB Menteri Besar amat optimis terhadap agenda yang bakal dijalankan pada tahun ini dalam meneruskan kesinambungan program-program yang telah dijalankan pada tahun 2020 dengan pencapaian yang cemerlang melalui program latihan transformasi pekerjaan (Work-Pro).

Agenda latihan jangka pendek ini akan diteruskan melalui konsep latihan modular mengikut acuan dan permintaan daripada industri khususnya di Negeri Perak dalam membuka lebih banyak peluang penempatan pekerjaan kepada peserta yang mengikuti latihan dibawah Kerajaan Negeri.YAB Menteri Besar Perak juga menyatakan hasrat untuk menjadikan Negeri Perak sebagai negeri yang melahirkan sumber manusia berkemahiran tinggi disamping peningkatan taraf sosioekonomi melalui latihan yang ditawarkan.

PASAK sentiasa bersiap siaga memberi khidmat terbaik dalam memacu agenda pembangunan sumber manusia di negeri Perak. Diharapkan usaha ini mendapat sokongan dan dokongan daripada rakyat bagi memastikan inisiatif dan insentif daripada pihak kerajaan negeri Perak dapat disampaikan kepada rakyat dengan lebih efektif dan efisyen.

Fikri Junit

Pengurus Besar

Pusat Aspirasi Anak Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*