Bantuan Khas Mahasiswa Negeri Perak 2.0

Kerajaan Negeri Perak dibawah program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) akan membuka permohonan bantuan khas secara one-off kepada mahasiswa B40 dan memenuhi terma dan syarat yang di tetapkan. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu mahasiswa dalam meringankan beban keluarga khususnya bagi kemasukan Oktober 2021 dalam waktu pandemik covid-19.

Bantuan khas ini dijayakan dibawah Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia, melalui agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Yayasan Perak, Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) & Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk).

 

👉 Untuk Makluman, Pendaftaran bagi Bantuan Khas Mahasiswa iaitu Bantuan tunai RM150 secara one off telahpun ditutup pada jam 11.59 pm 10 September.

Namun, Pendaftaran bagi Baucar Tebus Tiket Pengangkutan Awam iaitu Bantuan tunai one off sebanyak RM50 masih lagi dibuka

Bantuan Khas Mahasiswa di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani 🧑‍🎓

Baucar Tebus Tiket Pengangkutan Awam 🧑‍🎓

📢 Info Lanjut

Klik butang di bawah untuk hubungi kami

INFO & PERTANYAAN

 
Hari: Isnin – Jumaat . Jam: 8.30 pagi – 5.30 petang.
Tidak termasuk cuti umum