Gerbang Kerjaya Kome!

APLIKASI TALENT PERAK

Aplikasi Talent Perak merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Perak yang bermatlamat untuk membantu pencari kerja khususnya ‘Anak Perak’ mendapatkan pekerjaan disamping membantu majikan di Perak mencari bakat yang bersesuaian.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat carian jawatan kosong mengikut kategori demografik, sektor industri dan kelayakkan pendidikan yang berdekatan dengan lokasi jarak pengguna.

Selain daripada mencari pekerjaan, ia juga menampilkan informasi terkini yang berkaitan program-program secara berkala seperti Karnival Kerjaya, kursus kemahiran jangka pendek serta latihan ‘soft skills’.