PUO: Kepimpinan dan Kerohanian

23, 24 & 25 September 2022 (Jumaat, Sabtu & Ahad) | 9.00 pagi – 5.00 petang
Ipoh, 25 September – Belia merupakan golongan yang berpengaruh dalam masyarakat. Mereka merupakan aset bagi sesebuah negara dan bakal memimpin negara ke arah kemajuan yang lestari. Potensi belia perlu dicungkil dan digilap supaya mampu menerajui kepimpinan negara kelak.
Oleh itu, Pusat Aspirasi Anak Perak telah menjalankan program Akademi Bina Insan: Kepimpinan dan Kerohanian di Politeknik Ungku Omar. Kursus selama tiga hari ini membawa satu impak positif kepada para pemimpin pelajar di negeri Perak.
Coach Hasliza (Along) telah dijemput sebagai jurulatih bagi kursus ini. Menurut Coach Along, para pemimpin muda perlu memperkemaskan diri dari sudut kognitif, fizikal dan emosi agar menjadi pemimpin yang berkredibiliti tinggi serta disegani kelak. Beliau juga menekankan mengenai skil komunikasi kerana komunikasi itu adalah satu perjalanan yang terpenting dalam kehidupan. Walaupun seorang pemimpin itu bagus tetapi sekiranya skil komunikasi kurang ini akan menyebabkan maklumat yang diterima menjadi kurang tepat.
Turut serta, penutup program kali ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) yang dalam ucapan beliau turut menekankan kepentingan menggunakan teknologi tambahan pada waktu pandemik. Maka rebutlah lima perkara sebelum lima perkara iaitu masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa muda mu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi). Turut hadir juga Puan Aishah Sheikh Abu Bakar (Ketua Unit CISEC) dan Encik Alias bin Umar (Pengawai Kebolehpasaran).
Pihak PASAK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan berharap agar segala ilmu yang diterima dapat diaplikasikan oleh para pemimpin belia khususnya di negeri Perak. Sekian.

Kongsikan Artikel ini:

Tentang PASAK

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merupakan agensi yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia yang bermatlamat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor dalam dan luar negeri. Follow kami di facebook page Pusat Aspirasi Anak Perak – PASAK untuk mendapatkan makluman berita terkini tentang program-program PASAK.

Artikel Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *